Monday, May 30

Jangan mencari terlalu 'SEMPURNA'

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……


Begitulah juga……


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……


Begitulah juga……


Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……




Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……


Begitulah juga……


Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !


“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Thursday, May 26

saya tak nak 'HOT' di dunia, sebab saya takot 'HOT' di akhirat

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.



Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..


Wednesday, May 25

program pendedahan kerjaya doktor

assalamualaikum, ohh yeah entry kali ni nak cerita pasal penyertaan aq yg illegal dalam program yg tertera dia atas. tahukah anda mengapa ku cakap illegal?? sebab aq x layak pong masok, ibu yg kauntim dgn org jpa. so terima kasih ibu! hehehe mule2 mmg ta nak pergi la kan, bile habes kene lecture dgn ibu, tika, abah n adib mmg kene pergi jugak la kan, but u know wat? the program was absolutely awsome~!! eheheh
saya ditemmpatkan di hospital serdang, hospital ni quite besar n so banyak la kan pesakit n doktor2 yg berkenaan. hehe

day 1
pada hari pertama jejak ku, wah ku datang lambat! yelah dalam surat kata pkul 9 daftar, last2 pukul 8 da stat, tapi itu juz muqadimah je la kan, but it sokay nvr mind lah :) kami pon dibawa oleh encik sapa tah, pergi amek lab kot. sorg satu dpat lab kot tu, wahwah rasa mcm dah jadi doktor. *aura beb! heheh
we all dibahagi kepada 4 grup a,b,c n d n grup b was so lucky for receiving me~ hehe n then ramai la budak2 pandai kan, laki pompan sume ada, termaok jugak budak kolej mara yg da buat a level selama setahun kat sini. dorg poon join jugak, hehe n lepas itu kitorang pergi klinik pakar, kat sini banyak la klinik2 pakar kan, pakar ortho,mata, kulit, telinga n banyak lagi lah! syok! pastu kami di bawa pergi tgok surgery, wah live tu! kitorang dapat tgok sorg surgent ni tgh buat pembedahan kecil kat sorg org tua ni, alaa dia juz buang infection kecik kat bahagian tissue dia, its like our white head at aour nose lah, tapi ni yg da lama n besar punye, n guess wat the thing was so smelly! huhu buat nak jadi doktor kan~ hehe
lepas tu surgent tu (dr ramesh) aka taiko n castello sbb dia ada rambut ekot kat atas rambut, hahah! lawak la dr ni. dia bawak kitorang tgok OCGD. ini ala yg letak mcm optic fibre melalui oesophagus kita, dia nak rawat colon dia mcm ada luka kecil, :) n then sempat lagi bukak lagu sitinurhaliza, haduhai mmg pelik benar, heheh but fun la kan,:)

day 2
masa hari kedua pulak, hhmm agak membosankan sbb pergi melawat wad orthopedik, pederiatik which is for kids from 1weeks to likes bape tahun tah..pastu pergi klinik psikitrik.. wad untuk org sakit denggi dia asing sbb takot infect dgn org lain :) sempat la temubual dgn pesakit, n then ada aunty cina tu ya allah menjerit2 sakit! yelah da kaki dia kne tarik dgn pemberat tu, ya allah aq tgok pon takot! hhuhu
lepas rehat, kitorang dibawa ke bilik 1st kelas aka hotel dalam hospital, hehe well mmg mcm hotel pon. ini khas untuk vvip punye orang, hanya rm160 semalam, ciap pantry, tv, katil satu n banyak la kerusi2, aircond of course la kan.. hehe best best! hari kedua agak bosan habes pon awal.. :)

day 3
hari ketiga hari last, huhu agak sedih bile da nak habes, program ni best! hehe masa pagi2 kitorang pergi la ke alaa ke tenoat tulang2.. lupe la nama dia apa, well aq mmg cepat lupe c(= *so adeku kesah? haha
pastu lepas rehat, pergi la ke tempat forensik.. inilah klimaks program ni dimana semua pelajar excited nak tgok! heheh so tunggu punye tunggu. lepas da dgr ceramah cikit dari pegawai dia, kitorang sempat tgok postmortem bedah mayat, agak sadis bile di fikirkan balek, huhu ada 2 mayat iaitu lelaki dewasa n bby comel perempuan, bayi ni meninggal dalam tidur manakala si lelaki meninggal masa nak lintas jalan, huhu hhm mmg agak mencabar bagi yg belum 18 anda dinasihatkan untuk tidak tgok mende nih, nak cite panjang pon x bleh.. doktor kata x bleh cite2 kat org.. huhu
pastu balek tu ada la makan2 sikit.. jap lupe nak cakap! lepas kua je dari bilik mayat tu, ada ramai la jugak la yg x selera makan.. huhu
ok dah habes cite, jumpe ramai kawan faika,kimah, liyana, miza, wawa n ramai lagi rrata2 dari seluruh malaysia iaitu budak2 pandai.. hehehe
ok dah tu jer bye bye, harap ada program best ni lagi. *para nurse2 tolong jangan jatohkan semangat kitorang nak jadi doktor okay? heheh

Wednesday, May 18

agak bengang,

woi minah! haha ayat nak mcm ape je kan.. lek la lek lu.. assalamualaikum.. ni haa cek nak citer cikit ni.. pasal ehem ehem.. adelah, nak sebbut kang dia baca lak kang.. hhm act agak x puas hati bile ade org buat camtu kat haku, skg baru la aq sedar mcm mana perasaan org yg kene diperlakukan mcm gitu.. kalau cakap nak bayar, bayar la kan.. okeh aq x kesah la kene tunggu tapi agak la aq da tunggu sampai 3 minggu kot. sape pon x panas kan, dah la nak gune duit ish.. hhm tah la nak cakap byk pon bukan nyer bule ade dapat pape pong, berserah jela kat tuhan bia tuhan yg balas.. ni hal duit, bawak sampai mati kott.. kepada si dia, ehhm hope kaw x buat mangsa lain begini, kesian pada kami2 lebih2 lagi pada budak lepas spm mcm kami..

*adib jangan mara, huhu asal nak lepas geram jer, mst suruh buang entry kan, sob3

Sunday, May 8

ahmad adib akmal bin ahmad najib.


ahmad adib akmal bin ahmad najib
berumur 19 tahun pada 2011
sedang study di kolej poly tech mara, batu pahat
berasal dari taiping, perak

hehe entry kali ni, entah saje2 je tulis pasal dia, hehe.. well usha2 sejak form 1, tunggu 5 tahun, ceh lama ker? hehe, start bersama pada tangga; 28.8.2010.. hehe (igt kan dia mnx kapel lepas spm, last2 terawal la plak) hehehe..
skg ni da 9 bulan bersama, hehe HAPPY, BAHAGIA, GUMBIRE, TENANG, BEST, SYOK, HAHA semua benda adaa.. hehehe
he's nice, really nice.. very passion.. very rendah diri, very2 the very MANJAA.. *haha, mmg agak weird tgok lelaki manja, but he say dat he cannot control himself masa dgn nur syamimi aqilah, hehehe.. pada tarikh ni, da dalam plus minus 7 kali kitorang date, hehe best la.. time date. *mesti korg kata aq poyo kan tulis pasal bf, haha but tak kesah la ni kan blog sukasuki haku. hehehe

time susah, time senang, dia selalu jer ada.. ni yg best nih.. masa down, lagi2 skg ni kan time nak masok belajar da kan nih, pehh mmg sangat la pening kepala xtaw nak uat apaa.. saat ni dia jelmaa.. datang padaku, lalu menenangkan ku dgn ubat penenang (suara dia) lalu ku tido dengan lenanyee.. hehe begitu kuat kan ubat penenang yg dia kasi sampai aq tido sepuas puasnyaa.. hehehe

diary peribadi ku dicoretkan dgn semua cerita pasal ahmad adib akmal.. mmg da penuh da diary aq tuh.. hehehe ape ape pun, lepas ni aq nak pegi mesir dah.. :( agak SEDIH! MMG SANGAT SEDIH! huhu.. :'( yelaa.. sapa x sedih kan kan.. tp takpe, aq pergi sana untuk belajr.. alaa awk 6tahun je, masa 6tahun ni bukan saya x balek langsung.. saya akan balek.. pastu kite ronggeng sama agy .. taw taw! hehehe harus lah! heheh

Saturday, May 7

asalamualaikum..

hehe entry kali ni aq nak cerita pasal sistem pembelajaran haku.. huhu camne nak cakap ek, abah da pon arrange pasal pengajian aq kat mesir. hhm surat tawaran dah pon sampai cuma tunggu tarikh je nak berangkat. huhu sementara tu abah suruh masok dulu uitm! yela nak isi masa yg ada ni ngn blaja xde la duduk rumah je kan. hhm entah la xtaw nak pilih yg mana.. matrik pon aq dapat kat selangor je ni haa.. time nak ke oversea banyak pulak tawaran daripada masia dapat.. hhmm

apa apa pun aq kene buat yg terbaek untuk masa depan aq, abah da habes wang ringgit aq kene la work fot it, to be a doctor! cecehh.. hehe doakan aq dapat jadi seorang doktor yg berjaya esok besar.. hehe

Tuesday, May 3

united kingdom

hehehe.. tarikh 19 hingga 30 haribulan aq telah pun pergi melawat negara omputih.. best tu mmg best, dapat jumpe bermacam2 org.. dapat makan best2.. tapi aq mmg la kan style aq, mana bawak duit g jalan2.. mintak duit abah sudah, haha masa kat sana sempat jugak pergi holland,amsterdam,london.. huhu nak g paris, tapi apakan daya masa x mengizinkan.. lalu paris je tapi x singgah pon.. huhu

masa kat london, sempat jugak pergi tgok persiapan royal wedding, fuhh mmg sibuk teramat sgt, tapi best la jugak. sejukk jer, huhu well org kampung masuk bandar mcm ni la jadi nyer kan, hehe

kitorang stay kat homestay, *eh pe yg aq cakap ni? haha.yelah yelah rumah yg korg mean tu. haa tu lah dia, rumah bese jer, tapi bule la selesa la jugak sepanjang kami berada di sana, baru aq tahu, rumah2 kat sana mana ada aircond mcm kat msia nih, rumah sana cuma ada heater je. sampaikan kereta pon xde aircond u all tahu? hehe

yg x best nyee, well yelah rindu giler dekat adib. dah la x dapat sambut beday dia. aq pegi pulak time harijadi dia, huhu tapi sempat jugak wish kat dia happy beday.tup2 lewat sehari, well aq tunggu masa kat bedford,uk smpai pukul 12, mana la tahu x sama waktu dgn msia. hehe

pape pun msia lagi best! YAH! TANAH TUMPAH DARAHKU.. HEHE tumpah ker? :D ini serba sedikit gmbr yg ada.. malas nak upload byk2..

cantek nyee.. thankss adib

ini kaler cream cair bukan putih.. hehe

hehe.. masa kelmarin adib ada kasi aq pashmina.. haha well fyi ni la pashmina paling mahal pena aq ada.. huhu thankss adib, aq cakap x nak x payah aq da byk pashmina tapi dia degil jugak, itulah x nak dgr cakap.. dia kata saja je nak kasi, tak rasa membazir ke if camtu.. huhu

btw balek jee aq terus try pakai pashmina tu, walahh lembut giler, agak susah nak bentuk tapi mmg lain giler dgn material harga sepoloh hinggit punyee.. hehe

so kepada fatin liyana, biler la jualan kite hendak bermula yer.. hehe

henponn.. :(

huhu.. sedih nyer tak terkata bile semalam tetibe hp aq x buleh on! wah wah mmg menangiss mcm nak apee.. mcm mana nak contact adib kalau xde hp? mcm mana nak tepon2 adib kalau xde hp? mcm mana?? huhu entah la tetibe x bule on. mayb dia ada terasa pasal aq nak tkar hp sbb tu dia wat hal kot, tapi bukan nye aq nk tkar skg pon.. huhu sedih nyee mcm mana nak dapat kan hp baru, thanks adib sbb tenangkan keadaan masa tuu.. huhu

mcm fatin kata " aq mmg x lay hidup tanpa henpon!" huhu hope dapat hp free dari abah, tapi ikot daripada pengalaman abah bukan nye simply nak kasi hp cenggitu jerkk. huhu