Tuesday, December 27

apeni.

assalamualaikum

oh ye aku baru perasan tiap kali aku rasa nak menulis mst taim aku nak datang bulan. kenapa ye? oh ye i know it is bcoz of hormonal change that occur in our body. so harus lah macam2 perasaan ada time tu. huhu

tahun ni sejuk lain macam. makin lama makin sejuk padahal baru bulan 12. oh ye lagi 2 hari nak masok tahun 2017. ya allah cepatnya masa berlalu rasa macam baru je masok medical univ haritu. huhu

n sakhonah kami rosak. halah time sejuk2 nak rosak ya allah sejuk sgt oh my pagi2 nak amik wuduk ya allah sejuk sampai ke tulang rasa malas nak masak air amik air semayang. huhu tapi rumah lama aku takda sakhonah mcm mana ye aku boleh tahan dgn masak air atas dapur gas? tulah kehidupan survival sebenarnya lagi hebat dari hidup mewah kan.

okay lah sejuk tu je. kbai

almost the end

assalamualaikum

its been a while since aku tak tulis blog. yelah nak taip kemain susah dalam henpon. so nak bukak laptop tu sekali sekala jelah huhu
tadi baru dapat result tahun 5 alhamdulillah aku lulus semua subjek. berderau jugak darah bila one of our classmate jerit cakap korang result dah keluar !! memasing ada yg tgh tido baca buku borak2 paling bising aku la tu terus tergamam tengok hp yg betry pun dah nak mati. terus cari nama walau takot cane pun result dh pun keluar apa2 keputusan dah ditentukan so kene redha dgn qada n qadar allah. tol tak. hehe

alhamdulillah terus tengok result sendiri sampai habis. tapi tetap buruk jugak sbb ada 1 paper tak lepas lagi utk amik dia tulis kat situ "ngaib" iaitu tak datang waktu exam. takpe bulan 3 ni insya allah ada exm nya n i need to focus on this exm. uhuhu insya allah najah yeeee

sedih bila kadang2 tengok kawan yg tak pass exam. especially kawan yg kita tahu boleh survive sama2. n tak sangka dia akan gagal. takpe guys apa yg allah bagi tu adalah yg terbaik utk kita n allah tahu kita kuat utk hadapi semua benda ni. allah tak kan kasi sesuatu beban yg jauh dari apa yg kita dapat hadap kan? baik  nya allah pada kita. huhu

bila dapat tahu ada kawan2 sakit pun luruh jugak hati ni. yelah mana tak nya sama2 kot dari tahun 1 sampai tahun 6 susah senang dari kurus ke gemok dari gemok ke kurus macam2 peel memasing dah macam adik beradik bila dalam kelas. n bila dah masok tahun 6 tak nak kurang pun kalau boleh sorg dari kita kan? harap dapat naik pentas sama2 dengan kau weh. plis be tough sbb bila kita kuat tak ada apa pun yg boleh halang kita kan. tapi dengan kuasa allah mana tahu penyakit tu boleh sembuh kan?

tak semua yang kita harap akan jadi macam mana yg kita plan kan? kadang2 allah saja nak uji kita ni mcm mana. tu tanda allah sayang bukan lah allah ni kejam sangat nak uji kita macam2. dia yg menjadikan susah dia juga yg menjadikan kesenangan.

senyap2 dah masok tahun 6 alhamdulillah perjalanan nya memang panjang sangat tapi aku percaya satu hari aku akan rindu bumi kinanah ni walau sekarang aku rasa mcm nak keluar dari negara ni. mcm2 dia uji kita sikit2 kadang rasa geram jugak dgn semua benda. tapi kehidupan kerja tu lain la pulak tak kan sama dgn kehidupan masa belajar. you will  be miss guysss.

haritu dah masok OT tengok mak2 labour subhanallah hebat kuasa allah. bila tengok baby yg suci lahir hilang segala penat lelah mak tu. before beranak macam2 kata aku nak mati la aku dah tak larat aku dah takda nafas aku nak c-sec jeee tapi lepas kene marah kene paksa ngn doctor akhirnya keluar jugak anak mereka. subhanallah hebat betul kekuatan seorang mak yg melahirkan anak sampai terputus 100 urat ye?

tabik spring kt doc2 yg tak rehat baru nak duduk tak panas punggung lagi dah kene bangun sambut baby. sbb tu lah stress doc2 ni yelah mana tak nya kami yg berdiri tengok OT tu pun dah lenguh apatah lagi doc yg terpaksa bekerja 24hour tanpa duduk. break pun masa solat. makan pun x nampak time bila la dorg makan agak nya. huhu harap allah  beri aku kekuatan utk jadi kuat mcm tu. support system dia mst sgt kuat kan? tanpa suppoty system rasanya dorg tak able pun utk dtg hospital kerja 24jam. of course dorg ada family ada mak ayah ada suami ada anak. tapi terpaksa jasad n jiwa raga kene beri sepenuhnya kat hospital. wow hebat ohhhh :)