Saturday, February 9

survey place at htjs

assalamualaikum n salam sejahtera

okay yesterday pergi seremban utk survey bilik kosong yg dimiliki oleh senior, act bilik tu dorg tak prefer la utk open kat org, aku yg insist nak gak bilik tu sbb yelah intake kalini aku sorg je so geng pun takda, so kene survive sendiri la cari bilik apa semua. kalau dah ada geng senang nak cari rumah kosong n housemate apa semua.

so basically the surrounding safe la jugak with jaga n kawasan perumahan yg baru develop make me comfortable with the environment. walaupun bilik dia agak kecik, but quite ventilated la jugak even tingkap dia ada kat atas. huhu

so kitorg pun try la pegi hospital tuanku jaafar seremban dari kawasan perumahan tu. so far perjalanan dia agak dalam 10 min la jugak, kene lalu highway jalan besar tp waktu aku pegi tu peak hour so agak jammed lah jalan nya. kalau waktu aku kerja nnt pegi pun pukul 6am lepas tu balik malam, jadi takda la jammed pun jalan. duduk rumah pun utk tido aja kan, n study sikit2.

so perjalanan dari bangi-seremban ambil masa dalam setengah jam, balik tu rasa mcm kejap je maybe sbb ada driver kot, my brother bawak laju la kot tu yg rasa kejap. nnt aku yg kene drive sendiri so paham2 jela siput nya mcm mana.

cuak actually nak start housemanship ni, yelah mcm mana nak cope mcm mana nk blend in dgn kawasan hospital, with superiors and all that. most important things mcm mana nak survive HO nnt. huhu my parents, friends, siblings, loved one always said that i can do this, i can survive this. just focus, be humble, buat je kerja, jangan MIA, tp tulah aku ni dah la lembab sikit i mean lambat pikap sikit actually, haha mcm mana nak handle tu taktau la kan kene pepandai la cari cara sendiri kan.

so far, there is a lot of things need to settle before starting housemanship. lepastu print tu apak lah bape kali aku kene pegi kedai print utk print document n surat apa semua. tu tak termasuk kene print sekali n photostat segala document yg dah di sahkan. alahai bila buat sorg2 ni double sikit la dia punya kerja differ when u do with your collegues.

basically, almost all things dah settle. medical check up ( ufeme, blood group, height, weight, bp, local examination, general cond). borang LHDN, penyata KWSP, penyata bank utk masuk gaji nnt. cuma now surat akuan sumpah, print gambar banyak2, bukak akaun LHDN ( yg ni takyah buat lg pun takpe sbb bukan pakai sekarang pun) tp kalau nak buat pun apa salah nya) yg belum settle lagi.

now tgh nak tunggu amek no mmc sementara hari rabu ni 12.2.2019 di MMC. wahh nnt 18 & 19 feb ada join medicorp punya program Induction Program. so yeah, another rm299 melayang hehehe. course dia agak mahal actually, but to be truth dia amat membantu kalau kita work hard jugak revise sama2, sgt berguna la utk yg grad luar mcm aku ni. kalau grad local tu mmg dah power tak payah join la better guna duit tu utk enjoy. hehe

n then 25 feb 2019 dah nak start terus PTM which is aku ppun tak tau kat mana tempat nya. hehe jadi tunggu jela seminggu sebelum PTM  n then prepare jelah kt mana lepastu kau pegi laa. so nak tau ke tips2 sebelum masuk HO ni? aku selalu pm senior2 HO yg tgh kerja sekarang. so kalau kau tanya tu agak2 la time dia tgh off dia akan reply la, kalau tak kau tunggu la 3 hari baru dia reply. most of the HO spend time dgn org tersayang la kalau waktu cuti ni, so kalau dia rajin nak reply dia akan reply lah kalau tak kau tanya la lagi ingatkan dorg hehe

so far yg aku dapat, tak semua la suruh revise sgt pun baca buku apa semua, sbb benda baca bukku ni kau kene consistent taw, kalau otak kau cam bercelaru n then kau aspect nak baca buku n kau akan hafal la apa yg kau baca? dorg instead of that dorg suruh kau redha, prepare mental physical, expect the worst, sbb memana pun HO kau kene campak kan, kalau diri sendiri tak prepare kau tak kan survive sbb semua hospital ada cabaran dia tersendiri, so thats y la support system ni penting sgt kalau nak keep kau going on. wahhh banyak pulak bebel nyaa. doakan la sis berjaya harungi liku2 HO ni. huhu cuak sgt2, hhmm

ya allah kau berilah kekuatan kepada NUR SYAMIMI AQILAH BINTI AZIZ ni utk tempuhi alam HO dgn berjaya sepanjang 2 tahun setengah ni aminnnn.


Saturday, January 26

nak masuk alam HO dah

assalamualaikum,

tinggal berbaki less than a month before i enter Hospital doing my HO there. huhu what is my feeling right now? of course bercampur baur. risau, sedih, gembira,eksaited n many more haha even cannot be described !

oh yer bila dah berjaya dapat ehouseman tu, this is the time gap for us to settle all the requierment that spa,mmc,kkm,ptm,hospital mintak. just prepare n stand by each document so that bila masa dah tiba, you just bring it. so prepare awal tu is the bonus la kan.

so basically nnt banyak je senior2 post kan cara2 or apa je yg perlu buat sebelum tarikh ptm. so sangat la penting utk anda mesh up dalam group university, telegram,future hospital yg korg kerja nnt tu. tanya soalan2 as hostel, any specific nametag or cop, transport, elective posting, n many more. so nnt takda la blur2 ayam sangat kan.

n then, some of the things that u need to do is :
1) LHDN
kat sini kene daftar akaun baru, n then matikan setem dalam 4 page utk surat2 yg dah download dari laman web kkm tu. so total rm40. lepas tu bukak akaun baru. dorg akan guide kita mcm mana nak buat. but dont worry aku pun belum buat lagi. maybe isnin ni nak pegi settle  kan terus semua. hehe. so my sister said that kalau gaji kita bawak 4k mcm tu ( gaji basic ) kita tak payah pun bayar cukai for LHDN tu. cuma kene la prepare akaun so that nnt bila gaji dah atas 4k dia automatic tolak dari gaji kita. my sister one of PTD at Kementerian Sumber Manusia.

2) KWSP
okeyh kat sini kene bukak akaun baru lah. dont worry whoever got their KWSP during their work time form company tu boleh terus pakai akaun yg sama. just kene print penyata je. n then copy n ready to prepare. kalau baru nak buat just bawak salinan ic n surat tawaran bekerja tu nnt org sana akan uruskan. dont worry dorg very helpful so takda la kita tercungap2 kt KWSP tu, i suggest pegi la area kajang tu :)

3) MMC
kat sini utk amek no sementara iaitu no yg kita akan pakai as houseman contract for 2 years. lepas dapat no ni, terus buat cop. biasanya web mmc akan update bila nama kita akan tersenarai utk amek no mmc ni. we all punya maybe lepas raya cina. so minggu depan lah. the best things is u guys no need to go to mmc twice. bila dah dapat tarikh tu just bawak sekali salinan surat tawaran bersama. n then khalas.

4) GAMBAR PASSPORT
make sure to prepare a lot of gambar passport utk lekat dalam apa2 surat nt, kita akn pakai waktu nak daftar diri dekat ptm nnt. nnt kkm akan update location ptm setiap negeri. contoh mcm yg dekat2 melaka/n9 dia akan combine kan lah. but since intake melaka kalini banyak not sure kalau dia asingkan. banyak pulak duit kerajaan kan buat asing2 dah la seminggu duduk hotel hehe

5) PTM
program trasnformasi minda ni dia akan berlangsung selama seminggu. so dalam tu basically dia akan inform kita serba sikit mengenai HO ni. apa jawatan nya, apa skop kerja dalam kerajaan, apa HO contract, n so on. so best jela kot hopefully before starting ho-ship nnt.

so kat atas ni serba sikit lah masa yg akan digunakan sebulan sebelum start HO. act lebih kepada takot nak buat semua benda. tp dalam masa yg sama jgn lupa spend time with your family and org yg tersayang ehem. lepas tu kene baca sikit2 pasal skop kerja as HO n apa kerja kita sbenarnya. study sikit juga pasal hospital yg kita akn bekerja nnt. tanya senior2 walaupun senior act bz with their HO, but they will reply it jugak walaupun lambat hehe

bismillahitawakkaltu 'ala allah, kepada allah aku berserah dan kepada allah jugalah aku berdoa akan kesejahteraan aku sebagai seorang housemanship nanti. permudahkan lah urusan aku, keluarga ku, rakan2 ku yg sekali berjuang dalam alam HO ni. aminn

journey toward e-houseman

Journey towards “adulting”

Start 18/1/2019 dah ada org buat kira2 yg email utk bekerja akan dapat. But then, i didnt expect to get this Jan 2019 intake punya session so just keep calm and buat bisnes kecil-kecilan aja since dah stop kerja klinik. 😬
.
N then malam tu tempat jam 9.10 mcm tu tetiba email masuk offer utk isi eho n tawaran utk masuk kerja. Ya allah time tu hanya mampu sujud syukur je sbb penantian hampir setahun lepas dapat ijazah dari Uni Al Azhar dulu.
.
Beratus2 msg baru masuk ke telegram group tapisan 27/6/2018 tu. So roughly hampir 1200 penggangur mcm kami dipanggil bekerja. Agak ramai jugak.
.
So dijangka 23/1/2018 sistem eho akan bukak mcm biasa jam 12tgh hari. So bermula lah detik survey hospital, wifi paling laju, tips2 dari senior ho.
.
So i went to one of this cybercafe at kajang which offer high speed internet. Went there, ramai gila yg apply eho jugak at the same time! Siap bawak mak ayah semua utk tolong n support masa isi.
.
Arrive there at 11.15 am mcm tu, dah prepare terus 2 computer, 2 web server, many tab of eho web. Hehe *tips 1
.
I brief my brother for what to fill n so on until reach the penempatan punya part. N then 11.59 i just try to log in, n then the server went stuck and it show the server cannot be displayed. Omg cuak kot i think my heart rate reach 150 above on that time! N then my brother log in n then dapat! Dia mcm biasa la blur2 nak kene isi apa. So far we just need to key in tel no, status bumiputera, bilangan adik beradik. Yg lain tu dah automatic fill dah rasanya.
.
Towards pendidikan pun dah state JPA n then terus ke penempatan, pilih terus semua list hospital n pilih hospital mana yg kita nak. No need to pilih ikut state, mmg lambat dia nak loading. N then takyah hirau kekosongan just klik nama hosp n klik agree terus sent! *tips 2. Alhamdulillah on the first klik i got my 1st choice hospital which is Hospital ***. 🤗 *please teach me senior
.
Lepastu terus save 4 borang bahagian bawah tu nak save dulu pun boleh nak print terus pun boleh. Lepas tu i was so shock sampai x tau nak buat apa sbb sekelip mata je benda jadi. I kill it at 12.01pm! I dont even remember how my hand works at that time 😅
.
Dah sewa computer 2 jam each. Tapi siap kejap je. Told you, theres is time when you click on certain hospital yg masih ada kekosongan, tp internet tak laju, terus end up dia tulis ‘kekosongan dah habis’ scary okay kalau jadi mcm ni.
.
Congratulation for those yg dapat hospital yg dihajati. Be a good houseman, do not give up n kepada senior2 Ho especially al azhar alumni, pls notify me as i am alone kat hosp ***. Huwaa 😰
.
*in searching for rumah sewa/housemate area ***. Kalau boleh dgn houseman jugak lah. Please kindly pm me ye 😋